Hak jiran perlu bagi setiap individu untuk pelihara kerana hal
ini adalah selari dengan tuntutan agama. Tidak menyakiti jiran dan seringkali
memelihara keamanan dengan jiran. Hal ini sebagaimana dalam sabda Rasulullah
s.a.w iaitu :
Maksudnya : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan
hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya.”
Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagimana tidak
membawa mudharat. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka
menghormati dan tidak menganggu kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah
mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan
meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selagimana tidak
membawa bahaya dan mudharat.
Umat Islam yang bertimbang rasa dan menyedari serta
memahami hukum-hukum agama, adalah merupakan manusia yang paling baik
hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa mencurahkan segala
bakti demi kebaikan jiran mereka yang merupakan manusia yang paling mereka
kasihi. Islam banyak menyeru umatnya agar sentiasa menjaga dan memelihara
hubungan dengan jiran. Menyedari betapa tingginya kedudukan jiran di dalam
Islam dan peranannya dalam kehidupan kemanusiaan.
Antara hak jiran yang lain yang perlu dipelihara adalah sentiasa
memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah
dengan mereka. Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran
dan ini terlihat daripada banyak panduan daripada hadith baginda antaranya
ialah daripada riwayat Abu Dzar yang menyebut telah bersabda Rasulullah s.a.w
iaitu
Maksudnya : Wahai Abu Dzar sekiranya engkau memasak maraq
(sejenis makanan berkuah seperti sup) maka banyakkanlah kuahnya dan berikan
kepada jiran engkau
Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur’an dan hadith,
jelas menunjukkan bahawa Islam seringkali menganjurkan dan menyeru umatnya
supaya sentiasa menjaga hubungan dengan jiran tetangga dan memelihara hak-hak
jiran disamping menghormati jiran-jiran bukan Islam selagimana tidak merosakkan
akidah dan akhlak.

No comments:
Post a Comment