Realiti dunia pada masa kini,kita tidak boleh lari dari
berinteraksi sesama manusia baik rakan sekerja,kawan serumah,jiran-jiran
sekampung lebih-lebih lagi jiran tetangga.Jiran yang tinggal berdekatan
rumah kita dalam lingkungan jarak 40 buah rumah,samada dari kiri
atau sebelah kanan,depan mahupun disebelah belakang rumah.Dalam
perkataan arab,jiran membawa maksud orang yang tinggal sebelah menyebelah atau
tetangga.Oleh itu,dapat disimpulkan bahawa semangat kejiranan membawa erti satu
suasana dan perhubungan yang positif dalam satu-satu kawasan kejiranan.Ini
menunjukkan bahawa islam menitikberatkan hubungan harmoni dan persaudaraan di
antara satu sama lain dan agama islam ialah sebaik-baik agama yang
menghubungkan pertalian dan kebaikan di antara sesama manusia. Menetapkan
lingkungan jiran dan had jiran dalam sesuatu kawasan berbeza-beza menurut
keadaan tertentu dan suasana.Bahkan menurut Al-Alusi dalam kitabnya ruhul
Ma'ani Fi tafsiril Qur'an Al-Azim Wa San'ul Masani bahawa penetapan jiran ini
dan lingkunganya secara zahir kembali kepada uruf(adat setempat). Ini pendapat
yang agak tepat kerana dalam kaedah syarak menyebutkan setiap yang datang dari
perintah syarak ialah mutlak dan sekiranya tidak ada peneangan jelas dari
kaedah melaksanakannya juga tidak dapat dijelaskan dari pemahaman zahir bahasa
maka dikembalikan kepada adat kebiasaan dalam melaksanakannya.
Islam menggariskan dengan jelas mengenai tatacara hidup dengan
meletakkan akhlak dan adab sebagai panduan. Tanpa akhlak yang baik, kehidupan manusia
menjadi kucar-kacir. Allah SWT telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai
model terbaik dan contoh akhlak yang terpuji kepada seluruh umat Islam. Dalam
Islam akhlak adalah bersumber dari dua sumber yang utama iaitu al-Quran dan
al-Sunnah.
No comments:
Post a Comment