Maksud Jiran
Berdasarkan kamus dewan, jiran adalah orang yang berada
dekat dengan rumah yang lain. Jiran juga bermaksud tetangga, orang
sebelah, orang sekampung, teman; berjiran: bertetangga, berhampiran,
sebelah-menyebelah, berdekatan, sekampung, sedesa, setempat; kejiranan:
kemuafakatan, kerjasama, kesepakatan.
Jenis-Jenis Jiran
Kejiranan amat penting didalam pembentukkan tamadun Islam selepas
pembentukan sahsiah individu dan keluarga. Menghormati jiran dan pengamalan
mereka selagimana tidak membawa kemudaratan. Sekalipun jiran tersebut bukanlah
beragama Islam maka menghormati dan tidak menggangu pengamalan mereka seperti
orang-orang beragama Hindu akan meletakkan tokong mereka diluar rumah, maka
hormatilah kerana selagi ia tidak membawa bahaya. Didalam agama Islam, jiran
dibahagikan kepada tiga kategori dan haknya yang tersendiri. Ia terdiri
daripada;
1. Jiran Sesama Muslim Yang Mempunyai Hubungan Persaudaraan
Jiran sesama muslim yang mempunyai hubungan persaudaraan ialah saudara
terdekat kita, oleh itu, jika kita mempunyai jiran jenis yang pertama ini,
mereka berhak mendapat layanan sebagai seorang muslim, kerabat serta sebagai
seorang jiran.
2. Jiran Muslim Yang Tidak Mempunyai Hubungan Persaudaraan
Walaupun mereka bukan terdiri daripada darah daging kita atau suadara
kira, tetapi kita perlulah menghormati mereka dan sentiasa bersikap baik kerana
mereka mempunyai hak sebagai seorang muslim dan sebagai seorang jiran.
3. Jiran Bukan Islam
Jiran yang bukan beragama Islam, tidak boleh diangga sebagai musuh. Hal
ini kerana mereka tetap mempunyai hak sebagai seorang jiran. Oleh itu kita
masih perlu menghormati mereka dan tidak menyakitki mereka seperti sabda
Nabi Muhammad S.A.W;
“ Barang siapa yang menyakiti orang asing, bererti dia menyakiti
diriku, dan barang siapa yang menyakiti aku bererti dia menyakiti Allah.”